16 October 2012

Menegur dan ditegur


Pernah tak korang semua berada dalam situasi ni?

A: Weh, gambar kau kat facebook semalam chantek ah!
B: Hahaha. yeke? aku tahu lah. ramai kot like gambar tuh.
A: Oh, kau tahu ke? Eh. B, aku nak cakap something neh. Boleh tak?
B: Ape die A? Amboi, sejak bile pandai mintak permission dulu ni? tanye jelah..
A: Emm. sebenarnye, aku tengok gambar tu nampak aurat lah weh. Kalo ko perasan, lengan kau terdedah sikit tu..

Kalau korang ade kat tempat B, ape yang korang buat? Tersebut adalah reaksi-reaksi yang  berkemungkinan untuk dikatakan B, selepas mendengar teguran kawannya itu.

1) Eleh, cakap kat orang. Kau pun samelah derr!
2) Oh, yeke? *ignore*
3) Eh betulke? Aku tak perasan la weh. Thanks tau tegur, ok nanti ake delete gamba tuh :)

Ape yang korang akan buat bile kawan-kawan korang ade tegur korang macam ni, tak kire la secara berdepan atau alam maya?

Actually, aku tulis entri ni bukan saje-saje. Aku tulis based on pengalaman aku. Tak perlulah bercerita panjang tentang apa yang terjadi kepada aku dulu. hehehe. Tapi untuk awak yang tegur saya dulu tu, saya nak berterima kasih kat awak, sebab sudi tegur saya ^^
Yang menegur pun kalau boleh, gunalah cara yang sebaik-baik dan sehalus-halus bahasa untuk menegur. Elakkan untuk buat orang yang ditegur terasa. Kenapa? Sebab kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang. Mesti korang pernah dengar kata-kata tu kan? Memang betul. Bermain kata itu perlu, tapi ikut keadaan lah kan...

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)



p/s: masih tercari-cari apa yang nak dicakapkan untuk tazkirah usrah minggu ni. huhuhu. HELP ME.

4 comments:

  1. uhibbuki fillah dongseang.. hihi *ehh, betul ke eja 'dongseang' tu? ahaha

    ReplyDelete
  2. sorry ^^ aq yg post pic tu.. :( x perasan pon pic tu...

    ReplyDelete
  3. http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com/


    jom join segmen header free:)

    ReplyDelete

blah blah here :)