06 December 2013

Dari Mata Seorang Aku

Pada aku
Dunia kelihatan bergoncang
Riuh dengan hiruk pikuk manusia
Ke sana ke mari
Yang sedikit pun tidak endah dengan sakitnya bumi

Pada aku
Ada saatnya musibah menimpa
Rasa seperti langit mahu runtuh
Menghempap aku yang kerdil
Tidak aku fikir
Hikmah sentiasa ada untuk itu

Pada aku
Tiada lagi yang boleh disalahkan
Melainkan manusia itu sendiri
Atas segala apa yang terjadi
Namun manusia!
Saling menuding jari
Apakah akan berakhir semua ini?

Pada aku
Harapan itu ada
Pada aku
Tidak salah bermimpi
Pada aku
Tidak mengapa berhalusinasi
Kerana mungkin
Itu yang memberi aku jalan keluar
Dari semua ini.


No comments:

Post a Comment

blah blah here :)