05 March 2013

Hati aku

Jika kau lihat
hati aku bagai kertas
yang bisa direnyuk
dan bisa dicarik begitu sahaja...
kau silap.

Jika kau lihat
hati aku ibarat kejora nun jauh di langit malam
yang bersinar megah
yang lihatnya bagai mustahil untuk digapai
nyata kau juga silap.

Jika kau lihat
hati aku ibarat pepasir di pantai
yang lihatnya seakan sama seperti pepasir lain
tapi halus membelai tapak kaki kau
mungkin kau juga silap.

Kerana,
hati aku tiada bandingannya
dengan ciptaan-ciptaan indah-Nya yang lain.

Namun tahulah kau bahawa hati aku
mungkin tidak semudah merenyuk kertas
mungkin tidak sesukar menggapai sang kejora
dan mungkin tak seumum pepasir yang biasa kau sentuh.

- Fatin Nurfaziera, Cyberjaya, 2013 -






No comments:

Post a Comment

blah blah here :)