
Malique - Aku Maafkan Kamu
Atur
sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua
usul ditutup satu lagi tampil
Dari
halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta
diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi
tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi
dari penghuni dan keluarga bumi
Surat
wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta
dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat
terbang atau warna gelang tangan
Buah
fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi
susuli ketandusan ihsan
Ubat parut
auditori kesan artileri insan
Gagal
dikesan
Timbul
tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali
terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka
kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan
lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang
tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum
masuk neraka oleh manusia
Minta
tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku
tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan
mereka, mereka tidak tahu
Mereka
tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka
tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi
nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan
mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa
lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih
sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi
warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala
murai sekawan
Mari ku
ramit kucup lehernya
Terlalu
rahi dendam di angan
Sampai
terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak
tak pukul mereka?
Saya tak
suka pada keganasan
Jangan ahli
sihir seru nama maharaja
Nanti
segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak
berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau
terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura
dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila
lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula
kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir
rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak
di hujung kampung
(Ba)
Bawah
cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi
dalamnya ada tempurung
Sembunyi
bawahnya katak melalak
Ternyata
kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
suke lagu nie :)
ReplyDelete