
hah. yang best pasal puasa 6 ni, kite puasa 6 hari, tapi dapat pahala macam orang yang berpuasa selama setahun. best ! tapi jangan la puasa 6 sebab ganjaran yang bakal diperoleh, puasalah sebab ikhlas kerana ALLAH SWT :) Bagi kawan-kawan yang tak biasa puasa 6, dan ingin berpuasa selama 6 hari di bulan syawal, aku nak share cara-cara puasa 6 dengan korang :) 1) Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
2) Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
3) Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
4) Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
5) Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
CARA PUASA ENAM
Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing..
Lafaz niat puasa enam;
Jom puasa 6 semua ! Cepat sebelum terlambat. manalah tahu kan, kite tak dapat nak puasa 6 lagi tahun depan, wallahualam :)
Jangan lepaskan peluang ni ! ~
cr: Shafiqolbu

No comments:
Post a Comment
blah blah here :)