04 September 2012

On the rainy days..


Hujan yang turun bagaikan mutiara. lalalalala~ syoknye aku nyanyi time hujan ni. Tadi ade aktiviti koko, so kitorang yang akan main untuk Pertandingan Futsal peringkat kolej ni kena la berlatih. Setiap kelas akan ade wakil 2 kumpulan. Dan semua peserta adalah PEREMPUAN. Tahu tahu jelah kan kalau kaum hawa ni main futsal macamane kan? kalau yang dah biasa main tu lain la, tapi kalau yang kaki bangku macam aku ni main, memang lagi laju mulut berbunyi dari kaki yang menendang. hahaha. En Afiq cakap kitorang akan training for one month, so pertandingan tu maybe akan dilangsungkan dalam bulan Oktober nanti. Tak sabar sangat. hehe. 


hah. tengok la gambar kat atas tu. aku jadi goalie. so sempat la snap gambar ni time diorang semua duk serbu bola tu. sumpah kelakar. hahaa. kolej aku ni takde padang bola, yang ade basketball dengan volleyball court aje. dulu main netball pun atas jalan tar ni hah. memang kena kreatif la kan. nak jadi insan guru yang berwibawa satu hari nanti. hahaha.tadi pun main ni kejap aje, lepas tu kitorang main bola beracun. hahaha. mengah gile. lagi penat main bola beracun dari main futsal. hahaha. ape-ape pun, aku nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua pelajar KIC yang akan bertanding dalam game ni nanti, especially to my classmates, WORDSWORTHERS WE CAN DO IT ! Fighting! >_<

wait. aku baru perasan , yg aku duk membebel ni macam takde kaitan dgn tajuk post. hahaha. actually yg on the rainy day nye sbb time aku tulis ni, hujan tengah mencurah-curah dengan lebatnye kat luar. hehehe. itu sahaja sebabnye *peace*

No comments:

Post a Comment

blah blah here :)