20 September 2012

kepenatan kelelahan

Petang tadi, aku bersama classmates aku yang terchenta kena buat ujian kecergasan ko-kurikulum. Macam sem-sem terdahulu, kami kena buat 7 bateri/elemen kecergasan; sit-up, pumping, standing broad jump, sit and reach, shuttle run, ukur pinggang,pinggul, tinggi dan last sekali lari 2.4km. tengahari tu, keluar dengan cik rumet, azkoda dgn cik hazjee, nak pegi w/draw duit and fotostet. Sekali terlekat lunch kat streetmall terus. Memang awesome lunch aku harini, konon-konon nak kumpul tenaga untuk ujian kecergasan tu lah kan.. hehe. bukan main makan. memang kenyang la. Best dapat treat diri sendiri lunch. Kalau tak silap aku, ni first lunch dekat Cyberjaya selepas raya. Memang dah lama tak makan nasik pun. hehe.
Ok. done with my lunch. Petang tu ada presentation untuk BM Komunikasi, pasal sajak. Tuan Haji Rekkeman bagi setiap kumpulan satu sajak, dan kami kena cari gaya bahasa yang ada dalam sajak tersebut. Hah, dah rase macam belajar Komsas pulak kejap. hahaha. and Alhamdulillah, the presentation went well. 

Siap aje kelas BM tadi, terus meluru ke padang. #EHH jap, KIC mane ade padang. hahaha. lupe. kami pergi ke tempat yang berkenaan la untuk buat ujian kecergasan tu. Lepas warm-up, kitorang bahagikan ahli kelas kepada beberapa kumpulan, then setiap kumpulan tu pergi ke stesen bateri kecergasan yang berlainan. Macam aku tadi, first sekali buat sit-up. Dapat sampai 3 fasa je. hahaha. Sorry to say la, aku memang tak fleksibel. Begitulah jugak untuk sit and reach. memang tak sampai hahaha. Untuk lompat jauh berdiri, boleh la tahan. hehe. One point six cm kalau tak silap aku. Pumping dapat 45, umm actually aku rase macam boleh lagi nak buat, tapi nak save energy for 2.4km tuh, so aku just buat takat tu je. Untuk shuttle run, alhamdulillah, 12.09sec kalau tak silap aku. Lepas tu pergi ukur pinggang dan pinggul, tinggi takleh ukur lagi sbb takde alat, yg ni aku tanak cakap, malu hahahaha. Last sekali, main event, larian 2.4km. HOYEAHH! Memang kami semua kepenatan sangat-sangat lepas lari tadi. Alhamdulillah jugak, aku berjaya tamatkan larian aku dengan masa 15 minit 55 saat, pecutan saat akhir dengan Khai sangat membantu aku. hehe.

Naik bas Chandru aku dah start rase pening-pening lalat, tapi tahan je. Tapi bile nak turun bas je, kaki dah mula terketar-ketar, lepas tu nak jalan balik rumah, tetibe telinge aku macam berdengung masuk air, pandangan dah nampak bintang-bintang gemerlapan bagai, terduduk jugak lah aku 2 kali sebelum selamat sampai ke bilik. Nasib baik ade cik rumet dan koda yang tolong tengokkan. hewhew. sorry susahkan kamu semua.. Rumet lagi sorang suruh bersedia untuk sakit-sakit badan, haha. InsyaALLAH ye cik rumet . tahniah kepada classmates aku yang ohsem sebab berjaya tamatkan fitness test untuk sem ni dengan jayanya :)
taken by our lecturer yg takde keje, en afiq =_= *jjikjjik face*



p/s: kepala pusing-pusing mase tulis entri ni. oh ye! tadi ibu kate adik faiz dah sembuh. Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

blah blah here :)