doakan aku + rumah !

Alhamdulillah. Perubahan aku mendapat pandangan positif dari para sahabat.Rasa bersyukur tak terkira. Sangat-sangat.Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sesungguhnya menyokong aku dalam aku membuat keputusan untuk berada di jalan-Mu. Aku rasa sangat terharu apabila kawan-kawan yang ada disekeliling aku tak berhenti memberi sokongan kepada aku. Tujuan aku share print screen ni bukan kerana ingin riak ataupun menunjuk-nunjuk. Hanya untuk berkongsi dengan sahabat semua. Hanya sebagai peringatan kepada aku, yang ada ramai orang disekeliling aku sentiasa menyokong aku. Tak kisah la sahabat yang dekat, mahupun yang jauh, terima kasih aku nak ucapkan kat korang semua sebab bagi aku semangat, buat aku rasa yakin untuk berubah. Sesungguhnya, aku rasa sangat selesa macam ni. Satu perasaan yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Rasa protected, secure. Terima kasih Ya ALLAH !
Bukan senang untuk kita berubah, tapi itu juga bukan mustahil
Untuk awoks-awoks...
Saya nak ucap terime kasih banyok2 atas kata-kata tu. and actually saye pun rase segan bile awok kate gitu. hehee. dan sorry la saye gi print skrin PM awok tu letok kat belog saye sbb saye nok buat kate-kate awoks tu as peringatan pade diri saye. Saye kalau boleh tak nak lupe kate-kate awoks tu :) Terima kasih ! :')
and ni gambar halaman rumah aku. ingat tak aku tunjuk gambar halam rumah aku yang sebelah kiri? haaa, tu yang gambar bawah tu hah. messy a lil bit kan? hehe. and nampak tak pokok kaktus besar gedabak tu? nasib baik ade satu tu je, kalau ade banyak, memang dah jadi macam padang pasir la umah aku neh -.- gambar atas tu aku ambik dari jendela bilik aku.. GO GREEN!!
No comments:
Post a Comment
blah blah here :)