14 September 2012

balik kampung YAYY !




Cuti takdelah lame mane pun. Sempena hari Malaysia aje. Tapi still, aku rindu family aku, aku rindu adik-adik aku. Psstt rindu tv jugak hahaha. So, pokoknya aku nak balik jugak. As for today, habih kelas BM nanti terus nak blah pegi PJS :) Sebab lepas tu dah takde kelas dah. There's no way I'm gonna waste my time :)

Sebelum tu, nak amek feel ade kat rumah kejap eh?




Yupp. Rumah kampung. Aku memang anak kampung. And sebab tu la tajuk entri aku ni BALIK KAMPUNG. Sebab aku anak kampung yang pergi merantau kat bandar yang agak siber dan rumah aku kat kawasan kampung. hehehe. Rumah aku memang penuh dengan pokok, sebab ayah aku suke tanam pokok, ibu aku obses dengan bunge. So, hasilnya aku ade rumah yang macam kebun bunga je aku rase.Tengok la pokok bunga kertas yang menjalar sampai atas atap bilik aku tu, ayah aku kate konon-konon macam konsep English Style la konon. hahaha. Gambar-gambar ni diambik mase tahun 2010. dah lame sangat dah. Tapi rumah aku sekarang pun takde la banyak sangat bezanya dulu dan sekarang. Sekarang ni rumah aku makin banyak pokok bunga, itulah bezanya. hehehe. 

Kat sebelah kiri rumah aku lagi la macam taman bunga yang semak aku rasa. Nanti kalau ada mase aku snap gambar yang sebelah sana pulak. Kenape aku kate semak? sebab dengan rumput karpet yang tak kemas, dengan pokok kaktus besar gedabak (lagi tinggi dari aku, ayah tanam from tahun 2004/2005), dengan kolam kecik yang ayah aku buat sendiri lagi. hahaha. Tapi sebenarnya aku suka suasana hijau macam tu, damai je. Nanti rumah aku sendiri pun aku nak buat camni jugak, but in my own style, insyaALLAH :)

p/s: Doakan perjalanan aku selamat sampai ke kampung halaman :)

2 comments:

  1. comelnye rumah zieraaa.... :O
    sebab bunga kertas warne pink, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. cantik ke kak ida? ade mase meh ar jalan2 sini :)

      Delete

blah blah here :)